Pengenalan
Penguasaan Bahasa Malaysia (bahasa Melayu) iaitu
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi adalah sesuatu yang amat penting bagi setiap
individu. Jumlah masa dan peluang bagi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
untuk terlibat dalam aktiviti Bahasa Malaysia mungkin kurang dan terhad. Dalam
situasi ini, Pertubuhan
Sasterawan Kaum India (Kavyan) yang diasaskan pada tahun
1999 terlibat mengendalikan Program
Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJKT seluruh negara sejak tahun 2004 (Utusan Malaysia, 30 Mac 2024). Persatuan
Kebajikan Idayakkani yang diasaskan pada Februari 2024 pula antara
lain bermatlamat membantu kanak-kanak keluarga miskin dan susah (B40) dalam
hal-hal berkaitan pendidikan.
Program
Idayakkani dan
Kavyan merangka program khas yang dinamakan “Temasya Bahasa di SJKT” untuk membantu
meningkatkan kecintaan dan penguasaan Bahasa Malaysia serta memupuk minat membaca
dan menulis karya Bahasa Malaysia dalam kalangan murid SJKT. Pendekatan didik
hibur (edutainment) yang diguna pakai
oleh Kavyan sejak tahun 2004 diterapkan dalam merangka dan melaksanakan program
ini. Program Temasya Bahasa dimulakan
di Daerah Larut, Matang dan Selama pada Mei 2024 [maklumat di sini] dan dikembangkan ke Daerah Kerian,
Perak pada April 2025.
Objektif
1. Memupuk minat membaca karya
Bahasa Malaysia
2. Berkongsi panduan (tips) memilih bahan bacaan yang sesuai
3. Menggalakkan peserta menjadikan membaca
sebagai aktiviti sekeluarga
4. Mengendalikan aktiviti didik
hibur (edutainment) berasaskan buku
5. Mencungkil bakat terpendam dalam
kalangan peserta
Kelulusan
Kelulusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Perak menerusi
surat bertarikh 22 Ogos 2024 dengan Ruj.
JPNPk.SPS.USJK.100-3.Jld.21(46) dan kelulusan daripada Pegawai Pendidikan
Daerah Kerian dengan Ruj. PPD.KRN.
100-1/5/1 Jld.4 (8) bertarikh 24 Mac 2025.
Penganjur
Persatuan
Kebajikan Idayakkani
Dengan Kerjasama
Pertubuhan
Sasterawan Kaum India (Kavyan)
Pejabat
Pendidikan Daerah Kerian, Perak
Persatuan
Guru Besar SJKT Kerian
Tarikh
16 dan 17 April
2025 (Rabu dan Khamis)
Masa
8:00 pagi –
1:00 tengah hari
Tempat
Dewan Kerian
Sejahtera, PPD Kerian, Parit Buntar, Perak
Peserta
1. Murid Tahun 6 dari SJKT di Daerah
Kerian, Perak
2. Guru yang berminat juga boleh
menjadi peserta dengan syarat sedia terlibat sepenuhnya dalam program
3. Murid dan guru berdaftar perlu menyertai
program sepenuhnya pada kedua-dua hari iaitu 16-17 April 2025
Sijil Penyertaan
Sijil
penyertaan program Temasya Bahasa hanya
bagi peserta berdaftar (murid dan guru) yang menyertai program sepenuhnya pada
kedua-dua hari (16-17 April 2025).
Pengendali Program “Temasya
Bahasa”
Uthaya Sankar SB ialah pengasas Pertubuhan Sasterawan Kaum India
(Kavyan) dan aktif dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia sejak tahun 1991. Beliau
menerima pengiktirafan seperti Hadiah Cerpen Maybank-DBP, Hadiah Sastera
Perdana Malaysia, Duta Keamanan, dan Anugerah Tokoh Saraswati. Antara karya
beliau ialah Siru Kambam (1996), Nari! Nari! (2015), Vetalam dan Vikramaditya (2020), Bhagavad Gita (2021), Suvarna
Bhumi (2022), The Painted Cat
(2023), Dewi Pertiwi (2024), dan Rani di Kuil Bhagavati (2025). [Baca biodata penuh]
Rangka Atur Cara
Harap
maklum bahawa semua program yang melibatkan Kavyan dijalankan mengikut “Waktu Kavyan” iaitu masa seperti dinyatakan.
16 APRIL 2025 (RABU)
8:00 pagi
Ketibaan peserta dan pengesahan kehadiran
di meja pendaftaran
Peserta menerima buku Nari! Nari! (2024)
[Foto di sini] – [Video di sini]
8:30 pagi
Sesi 1: Rasa Sayang dan Pantun
Tradisional
[Foto di sini] – [Video di sini]
9:30 pagi
Sesi 2: Nyanyian Lagu Kanak-kanak
[Foto di sini] – [Video di sini]
10:30 pagi
Sarapan
11:00 pagi
Sesi 3: Membaca Petikan Cerita
[Foto di sini] – [Video di sini]
12:00 pagi
Sesi 4: Pengenalan Lakonan Pentas
1:00 tengah hari
Tamat program hari pertama
17 APRIL 2025 (KHAMIS)
8:00 pagi
Ketibaan peserta dan pengesahan kehadiran
di meja pendaftaran
Peserta menerima majalah Melur
[Foto di sini] – [Video di sini]
8:30 pagi
Sesi Motivasi dan Perkongsian
Pengalaman
Encik
Sivasankar a/l Narayanan
Pengerusi Persatuan Kebajikan
Idayakkani
[Foto di sini] – [Video di
sini]
9:00 pagi
Sesi 5: Latihan Lakonan Pentas (Berkumpulan)
[Foto di sini] – [Video di sini]
10:30 pagi
Sarapan
11:00 pagi
Sesi 5: Latihan Lakonan Pentas (Sambungan)
Kehadiran tetamu dan ibu
bapa/penjaga
11:30 pagi
Sesi 6: Persembahan Lakonan Pentas
(Berkumpulan)
[Foto di sini] – [Video di sini]
12:00 tengah hari
Ucapan Pengerusi Persatuan Kebajikan Idayakkani
[Foto di sini] – [Video di sini]
Ucapan Pengerusi Persatuan Guru Besar SJKT Daerah Kerian
[Foto di sini] – [Video di
sini]
Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kerian
[Foto di sini] – [Video di
sini]
Penyampaian sijil penyertaan (guru dan murid)
Penyampaian sijil penghargaan dan hadiah buku kepada Guru Besar (14 buah
SJKT)
Penyampaian sijil penghargaan dan hadiah buku kepada Pegawai PPD Kerian
[Foto di sini] – [Video di
sini]
1:00 tengah hari
Tamat program
Pertanyaan
Hubungi Uthaya Sankar
SB menerusi WhatsApp 011-11411952
atau e-mel uthayasb@gmail.com jika ada sebarang
pertanyaan.